fbpx

Pendaki ditemui masih hidup selepas hilang lebih 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perry kini dirawat di hospital Odessa. - ABC7

AUSTIN, TEXAS – Pegawai Perkhidmatan Taman Negara memaklumkan bahawa seorang wanita ditemui di Taman Negara Big Bend, barat daya negeri Texas selepas dia hilang selama lebih seminggu, lapor saluran berita Fox News semalam.

“Pendaki itu berjaya ditemui. Dia dalam perjalanan ke hospital di Odessa,” kata jurucakap taman negara, Tom VandenBerg.

Christy Perry, 25, menyewa sebuah kenderaan di Midland pada 8 November lalu dan meletakkan kereta di Lost Mine Trailhead pada keesokan harinya, demikian menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS).

Perry dilaporkan hilang selepas dia tidak hadir untuk mengesahkan tempahannya pada 9 November lalu di tapak perkhemahan di taman itu.

Lost Mine Trailhead ditutup Khamis lalu ketika pihak berkuasa mencari Perry. 

Mereka meminta pejalan kaki lain yang mungkin melihat Perry di laluan itu antara 8 November dan 9 November untuk menghubungi pihak berkuasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI