fbpx

Jadi diri sendiri, jangan peduli netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGI Marsya, usah terlalu fikirkan tentang orang lain kerana nanti tidak dapat keluar daripada zon selesa.

Gadis Pesona Ahad minggu ini seorang yang kuat bekerja dan baru-baru ini mula berjinak dalam dunia perniagaan sebagai pengusaha produk.
Ain Tasnim Marsya ‘Ainol Zamani, 21, yang lebih mesra disapa Marsya bermula sebagai pempengaruh usai tamat tingkatan lima, kini mula menceburi bidang lakonan demi meringankan beban keluarganya di kampung, selain menyara hidupnya di bandar.
Anak ketiga daripada enam beradik itu berkongsi kisah menarik sebagai seorang yang extrovert kepada Kosmo! Ahad.

KOSMO! AHAD: Kongsikan tentang diri Marsya?
MARSYA: Saya seorang yang senang dibawa berbincang. Bila perlu diam, saya diam dan bila perlu bersuara, saya bersuara. Saya juga seorang periang, tetapi agak sensitif de­ngan orang kurang dikenali.
Selain pempengaruh, saya juga aktif sebagai pencipta kandungan di YouTube dan mula menceburi bidang lakonan. Saya kini sedang mengusahakan perniagaan ­dengan jenama sendiri.

Bagaimana bermula sebagai pempengaruh?
Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi pempe­ngaruh.
Saya bermula dengan video gerakan perlahan (slow motion) budak rempit di TikTok. Pada 2021, saya dapat tawaran kerja di Kuala Lumpur dengan YouTube. Sekarang ramai orang kenal, rezeki semakin melimpah dan ramai tawarkan kerja lain.

Adakah pernah dapat kutukan netizen?
Sudah tentu. Bahkan saya sudah lali dengan media sosial ini. Bagi saya, media sosial memang kejam kerana kita tidak boleh jadi diri sendiri. Netizen mahu semua benda ‘sempurna’.
Nasihat saya, selagi ia tidak melawan hukum, buat saja apa yang anda mahukan. Jangan terlalu fikirkan tentang orang luar atau nanti anda tidak akan keluar dari zon selesa.


GADIS manis ini mengimpikan seorang lelaki yang bekerja keras dalam hidup.

Ceritakan tentang kutukan yang diberikan netizen?
Sebenarnya macam-macam tetapi antaranya adalah solekan tebal.
Saya pun tidak tahu di mana salah saya sampai bersolek tebal pun dianggap sebagai satu kesalahan.
Bagaimana boleh menjadi pengusaha produk kecantikan?
Bidang perniagaan sebenarnya merupakan bidang yang sudah lama saya ingin ceburi. Alhamdulillah, perniagaan ini masih baharu dan baru bulan lepas saya secara rasmi menjual produk kecantikkan sendiri.
Perniagaan setakat ini sangat memberangsangkan. Setiap kali saya membuat siaran langsung di TikTok, hasil jualan sangat lumayan.

Bagaimana terjebak dalam dunia lakonan?
Sebenarnya sebelum ini saya juga ada diterima berlakon di YouTube dan pengalaman berlakon saya bermula di situ.
Namun, tawaran berlakon kali ini tiada kena mengena dengan YouTube. Hakikatnya agensi yang mengambil saya berlakon pun tidak mengenali saya, namun ibu saya yang sebenarnya banyak uruskan dan dapatkan ‘job’ berlakon.
Buat masa ini, saya berlakon di bawah sebuah syarikat penerbitan televisyen yang menerbitkan cerita seram dengan watak sebagai jururawat.

Ceritakan tentang dunia lakonan Marsya?
Bukan cita-cita, tetapi ibu memang suka saya ceburi bidang lakonan.
Saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon versatil, peramah dan disenangi ramai ­seperti Intan Najuwa yang berusaha kuat walaupun sudah berkahwin dan bergelar Datin.

Tiga ciri lelaki idaman?
Bekerja keras, menghormati orang tanpa mengira umur dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Saya percaya jika lelaki itu mempunyai ciri-ciri tersebut, dia mampu untuk menjaga dan memimpin saya di masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI