fbpx

Ebit Lew ziarah pos kawalan sempadan di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EBIT Lew ketika melawat pos kawalan sempadan di Perlis.

PETALING JAYA- Pendakwah bebas, Ebit Lew melahirkan rasa sebak apabila menziarahi anggota keselamatan di pos kawalan sempadan di Perlis.

Beliau berkata, sepanjang berada di sempadan negara, dia dapat menyelami pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas 24 jam tanpa henti menjaga sempadan.

” Sebak dengar kisah saat akhir pejuang negara ini. Menembak sehingga habis peluru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Ebit turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

“Terima kasih anggota anggota PGA yang mengiring dan membawa kami sepanjang di Perlis. Semoga Allah jaga dan pelihara mereka semua. Dijauhkan dari bahaya. Jagakan keluarga mereka. Beri ketabahan pada keluarga mereka. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka,” katanya. –

Kosmo! hari ini melaporkan, seorang anggota PGA maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan 13 penyeludup ketum dan ubat batuk di kawasan hutan berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar awal pagi semalam,

K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI