fbpx

Nampak macam ‘baby bump’, Uqasha Senrose hamil ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIKA diperhatikan, memang terdapat perubahan pada bentuk tubuh Uqasha Senrose dan perutnya juga kelihatan seperti sedikit berisi.

CERITA artis didakwa hamil memang tidak asing dalam kalangan netizen.

Nampak sahaja perut sedikit buncit, pasti akan dikatakan sedang berbadan dua. Adakalanya tekaan itu tepat tetapi kadang-kadang tersasar jua.

Terbaharu, Uqasha Senrose pula dikatakan sedang hamil anak pertama kerana terdapat penampakan ‘baby bump’ dalam sebuah video baru-baru ini.

Bahkan, apabila ada netizen yang mempersoalkan perkara itu dalam siaran langsung TikTok, Uqasha tidak menjawab sebaliknya membiarkan soalan tersebut berlalu sepi.

Mungkin juga Uqasha tidak mahu jawab sebab perkara tersebut tak benar dan hanya andaian netizen.

Namun, memang agak ketara juga ‘baby bump’ tersebut dan berbeza daripada bentuk perut buncit.

Seperti kebiasaan, kalau benar sedang berbadan dua, tahniah Diva ucapkan. Jika hanya berat badan bertambah kerana selera makan semakin tinggi seperi Diana Danielle, pun tidak mengapa.

DIVA: Tahniah Nabila Razali dan suami yang selamat bernikah semalam, sama cantik sama padan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI