fbpx

Niat laki bini nak tunjuk mesra, ramai ‘tag’ PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pasangan suami isteri memandu sambil berpelukan yang tular di aplikasi X, hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan satu pasangan memandu sambil berpelukan mengundang amarah orang ramai setelah video mereka tular di aplikasi X, hari ini.

Video berdurasi 32 saat yang dimuat naik itu memaparkan aksi manja satu pasangan yang kononnya ingin menunjukkan kebahagiaan dan kemesraan masing-masing sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, warganet berpendapat, tindakan tidak bertanggungjawab pasangan tersebut boleh membawa bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna di aplikasi X tidak melepaskan peluang untuk ‘tag’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan komen supaya tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pasangan tersebut.

“Ini menyalahi undang-undang! PDRM tolong ambil tindakan,” kata Edmund.

“Macam mana boleh duduk dengan selesa tu?,” kata Adam.

“Walaupun sudah berkahwin, benda-benda macam ini kita tidak boleh tunjuk dekat orang awam. Itu pentingnya belajar ilmu agama,” kata Arman.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 596 tanda suka dan 209,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI