fbpx

Hospital jadi sasaran Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan tentera Israel menyerbu kem pelarian Jenin, Tebing Barat, Khamis lalu. - Foto AFP/Getty Images

GENEVA, Switzerland –  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kemudahan penjagaan kesihatan  di wilayah Palestin yang diduduki Israel, Tebing Barat, telah menjadi sasaran  lebih 170 serangan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“WHO bimbang tentang peningkatan berterusan serangan ke atas fasiliti penjagaan kesihatan di Tebing Barat. Hari ini (semalam) sekurang-kurangnya enam anggota paramedik diusir dari Hospital Ibn Sina di Jenin.

“Selepas itu, mereka diperiksa dan ditahan. Tiga buah ambulans turut diperiksa. Penjagaan kesihatan sepatutnya tidak dijadikan sasaran (dalam perang),” tegas WHO dalam satu kenyataan di X.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu merujuk kepada peraturan perang antarabangsa yang menghalang hospital, sekolah dan kemudahan awam lain daripada diserang.

WHO juga menyeru perlindungan aktif disediakan kepada pekerja kesihatan dan kemudahan kesihatan.

Sejak meletusnya pertempuran di Gaza antara Israel dengan pejuang Palestin pada 7 Oktober lalu, tentera Rejim Zionis telah membunuh lebih 200 penduduk Palestin dan menahan lebih 2,520 orang di Tebing Barat dalam usaha mengekang penduduk daripada menyokong Gaza.

Sejak tentera Israel mula mengebom Gaza, lebih 12,000 penduduk Palestin telah terkorban, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak manakala sekitar 30,000  yang lain cedera.

Dalam pada itu, angka kematian di pihak Israel adalah sekitar 1,200, demikian menurut angka rasmi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI