fbpx

Jude Bellingham menang Golden Boy 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jude Bellingham semakin berada di puncak prestasi sejak berhirjah ke Real Madrid, Jun lepas.

TURIN – Pemain sensasi Real Madrid, Jude Bellingham menepati ramalan apabila diberikan Anugerah Golden Boy edisi 2023 selepas keputusan undian diumumkan secara rasmi awal pagi tadi.

Bellingham yang juga pemain antarabangsa England mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah mengundi selain semua pasukan yang diwakili sepanjang kariernya sebelum ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya untuk memenangi anugerah ini.

“Selain itu, penghargaan juga diucapkan kepada pasukan yang pernah saya wakili seperti Birmingham, Borussia Dortmund dan kini Real Madrid.

“Anugerah ini boleh dikatakan sebagai pemangkin semangat untuk tampil lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata pemain berusia 20 tahun itu yang hanya akan menerima trofi rasmi pada majlis anugerah 4 Disember depan.

Golden Boy yang telah diperkenalkan sejak 2003 adalah anugerah khusus untuk mengiktiraf pemain muda terbaik yang beraksi di Eropah berusia bawah 21 tahun.

Beberapa pemain ternama sebelum ini pernah diberikan pengiktirafan tersebut seperti Wayne Rooney, Raheem Sterling, Erling Haaland dan Kylian Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI