fbpx

Anwar solat Jumaat di Islamic Centre of San Francisco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Islamic Centre of San Francisco, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia hari ini menunaikan solat Jumaat di Islamic Centre of San Francisco.

Dalam satu hantaran Facebooknya, beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama komuniti Islam di sana.

“Alhamdulillah saya dan delegasi Malaysia hari ini menunaikan Solat Jumaat di Islamic Centre of San Francisco. Saya turut berkesempatan beramah mesra bersama komuniti Islam di sini,” tulisnya.

Dalam hantaran yang lain, beliau turut memaklumkan kesemua pimpinan ekonomi Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diraikan dalam Majlis Makan Malam oleh Presiden Joe Biden di Legion of Honor, San Francisco, malam tadi.

“Kesempatan yang ada turut saya gunakan untuk perkukuhkan lagi hubungan dengan negara-negara APEC demi kebaikan bersama,” katanya.

Anwar tiba di San Francisco pada Selasa lalu untuk menghadiri APEC ke-30 di sini hingga 17 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI