fbpx

4 maut, 2 pesawat tentera terhempas di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memeriksa serpihan pesawat EMB-314 Super Tucano yang terhempas di Pasuruan, Jawa Timur kelmarin. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas dua pesawat tentera terhempas di sebuah lereng gunung di Indonesia semasa operasi latihan, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Dua pesawat Super Tucano milik tentera udara Indonesia itu terhempas di Pasuruan, Jawa Timur kelmarin.

Serpihan kemalangan itu dilaporkan bertaburan di lereng gunung ketika orang ramai mengerumuni lokasi kejadian. 

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Malang pagi kelmarin sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian semasa latihan formasi biasa.

Seorang jurucakap, Agung Sasongko Jati berkata: “Semua mayat telah ditemui. Dua mayat sudah berada di hangar, dua sedang diangkut ke pangkalan. 

“Kakitangan penyiasatan akan datang dan menyiasat apa yang berlaku. Mereka akan mengumpul komunikasi suara, data penerbangan dan data enjin serta video,” katanya.

Laman berita Socialexpat melaporkan bahawa setiausaha Kampung Kedawung di Pasuruan Dani Kusdiantoro menyaksikan sendiri kemalangan itu.

Dia melihat dua pesawat itu terbang pada altitud rendah dalam keadaan berkabus sejurus sebelum letupan kedengaran.

Sebuah pesawat dilihat terhempas ke tebing manakala sebuah lagi jatuh di kawasan hutan berhampiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI