fbpx

‘Kami bukan minta bulan dan bintang’ – PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIFFITHS berucap pada sidang akhbar mengenai situasi di Gaza, di bangunan PBB di Geneva pada 15 November lalu. – AFP

NEW YORK – Seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  mengulangi gesaan pelaksanaan ‘gencatan senjata kemanusiaan’ bagi membolehkan bantuan sampai kepada 2.2 juta penduduk Palestin yang terperangkap dalam konflik berdarah antara Israel dan Hamas.

“Katakan apa sahaja yang anda mahu, namun keperluan dari sudut kemanusiaan adalah jelas. ​​Hentikan pertempuran untuk membolehkan orang awam bergerak dengan selamat,” kata ketua kemanusiaan PBB, Martin Griffiths dalam ucapan pada Perhimpunan Agung PBB kelmarin.

“Kami bukannya meminta bulan. Kami meminta langkah-langkah asas yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kritikal penduduk awam dan membendung krisis ini (daripada menjadi lebih dahsyat),” tambahnya.

Griffiths juga menggesa supaya semua tebusan yang ditahan di Semenanjung Gaza dibebaskan tanpa syarat.

Kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh di Israel semasa pejuang Hamas melancarkan  serangan rentas sempadan  pada 7 Oktober lalu, manakala kira-kira 240 orang dijadikan tebusan, demikian menurut pegawai Israel.

Di Semenanjung Gaza pula, seramai 12,000 orang, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak dibunuh dalam serangan tanpa henti Israel, kata beberapa pegawai di Gaza.

“Berilah nafas kepada penduduk Gaza daripada perkara mengerikan yang telah dilakukan terhadap mereka sejak beberapa minggu kebelakangan ini,” rayu Griffiths.

Seruan itu dibuat beberapa hari selepas Majlis Keselamatan PBB menggesa ‘jeda kemanusiaan berpanjangan’ dilaksanakan di Semenanjung Gaza sekali gus gesaan  pertama seumpamanya sejak PBB membisu selepas perang Palestin-Israel tercetus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI