fbpx

Lelaki rempuh pagar Kedutaan Israel di Tokyo ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta tersebut merempuh pagar berhampiran Kedutaan Israel kelmarin. - Kyodo

TOKYO – Sebuah kereta merempuh pagar Kedutaan Israel di Tokyo kelmarin dan mencederakan seorang anggota polis yang bertugas di tengah-tengah kawalan keselamatan yang diperketatkan berikutan konflik Palestin-Israel, lapor akhbar The Maniachi.

Polis menahan anggota sebuah kumpulan sayap kanan, Shinobu Sekiguchi, 53, di tempat kejadian. Dia didakwa menghalang tugas penjawat awam dengan melanggar mangsa pada pukul 10.50 pagi (waktu tempatan) sekitar 60 meter dari bangunan kedutaan.

Kira-kira enam jam sebelum kejadian, Sekiguchi memuat naik hantaran di laman X dengan kapsyen: “Israel bersalah kerana menceroboh Semenanjung Gaza”.

Ketika ditahan, Sekiguchi mengaku bersalah atas tindakannya dan berasa kasihan dengan anggota polis tersebut. Anggota polis berusia dalam lingkungan 20-an itu dilaporkan mengalami kecederaan termasuk patah jari.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah keselamatan yang diperketatkan selepas beberapa kumpulan tunjuk perasaan berpiket berhampiran kedutaan Israel sebagai membantah serangan Rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI