fbpx

Amaran ribut petir sehingga pukul 10 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa lokasi sehingga pukul 10 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, lokasi terlibat adalah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

*Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera). Johor (Tangkak, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Sarawak: Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI