fbpx

Lebih 700 pejuang Hizbollah dikerah dekat Bukit Golan dijajah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH 700 pejuang elit Hizbollah ditempatkan dekat Bukit Golan yang dijajah Israel baru-baru ini. - Foto Getty Images

BEIRUT – Badan Pemantau Hak-Hak Syria (SOHR) menyatakan bahawa  lebih 700 pejuang elit gerakan Hizbollah Lebanon yang disokong Iran,  ditempatkan dekat Bukit Golan yang dijajah Israel di Syria, lapor portal berita The New Arab semalam.

Kumpulan pejuang itu dilaporkan dilatih oleh Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan dikumpulkan dari pelbagai negara di Asia Barat seperti Syria, Iraq dan wilayah Palestin yang dijajah.

Mereka ditempatkan di wilayah Al-Quneitra, wilayah Rif Dimashq barat dan sebahagian wilayah barat Daraa berdekatan Bukit Golan.

Para pejuang itu  dikatakan tiba di kawasan itu sejak Oktober lalu dalam kumpulan kecil bagi mengelak sebarang penyelarasan dengan rejim Presiden Syria, Bashar al-Asaad yang bersekutu dengan Iran dan Hizbollah.

Israel saling berbalas tembakan dengan Hizbollah di selatan Lebanon sejak perang dengan Gaza meletus pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 90 orang terkorban di pihak Lebanon dalam pertempuran rentas sempadan itu, manakala enam askar dan dua orang awam maut di pihak Israel, demikian menurut AFP. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI