fbpx

Euro 2024: Sweden tanggung aib besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWEDEN bukan sahaja gagal mara ke pusingan akhir Euro, kekalahan kepada Azerbaijan mencalarkan reputasi mereka sebagai pasukan terkuat di Eropah. - AFP

BAKU – Sweden terus mengalami mimpi ngeri apabila dimalukan Azerbaijan menerusi kekalahan 0-3 pada aksi Kumpulan F kelayakan Euro 2024 yang berlangsung di Stadium Tofiq Bahramov awal pagi semalam.

Sebelum aksi bermula, Sweden sememangnya tidak mampu untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 memandangkan mereka sudah jauh ketinggalan dengan dua pasukan teratas, iaitu Austria dan Belgium.

Kekalahan itu bukan sahaja menutup terus peluang Sweden untuk layak menerusi saingan kelayakan, malah ia satu tamparan hebat buat mereka yang dianggap antara pasukan terkuat di Eropah.

“Percayalah, saya sudah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika dalam bilik persalinan. Persembahan kami sangat memalukan pada malam ini (semalam) dan saya sendiri sangat malu dengan kekalahan ini.

“Secara jujur, ianya sangat menyakitkan untuk berada di depan anda semua selepas keputusan seperti ini. Kami mahu hadiahkan kemenangan kepada jurulatih, namun sebaliknya berlaku,” kata penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Untuk rekod, Azerbaijan menghuni ranking ke-120 dunia pada ketika ini dan Sweden tidak pernah tewas kepada pasukan seperti itu sejak sistem ranking dunia diperkenalkan 30 tahun lalu.

“Saya sangat menghormati Azerbaijan sebagai sebuah pasukan tetapi untuk tewas dengan jaringan seperti ini, bagi saya ia tidak sepatutnya berlaku. Pemain perlu malu dengan diri sendiri,” tambah Olsen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI