fbpx

Tiga kelab London buru khidmat Timo Werner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER gagal mempamerkan aksi cemerlang menyebabkan Leipzig sedia melepaskan khidmatnya secara pinjaman. - AFP

LEIPZIG – RB Leipzig dilaporkan bersedia untuk melepaskan penyerang utamanya, Timo Werner yang berkemungkinan akan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris apabila beberapa kelab berminat mendapatkan khidmatnya.

Werner menyertai Leipzig pada usia 20 tahun ketika pasukan itu dipromosi ke Bundesliga buat kali pertama pada 2016 sebelum berhijrah ke Chelsea pada 2019 ekoran prestasi cemerlang meledak 28 gol dalam 34 perlawanan.

Bagaimanapun, pemain tersebut gagal mengekalkan prestasi terbaik apabila hanya meledak 10 gol untuk tempoh dua musim menyebabkan Leipzig kembali mendapatkan khidmatnya pada musim 2022.

Musim ini menyaksikan Werner bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik apabila sekadar beraksi selama 203 minit dalam lapan penampilan dan gagal menyaingi Benjamin Sesko, Lois Openda dan Xavi Simons di jentera serangan menyebabkan Leipzig bertekad melepaskannya.

Perkembangan itu menyebabkan beberapa pasukan di England seperti Crystal Palace dan Fulham sedang menilai potensi perpindahan pemain itu untuk membawanya pulang ke London secara pinjaman.

Selain itu, satu lagi pasukan yang berpangkalan di London, West Ham United juga mungkin menjadi salah satu lagi pilihan untuk Werner mengembalikan reputasinya sebagai penggempur terbaik di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI