fbpx

Netizen ‘makan hati’ Cik B sudah berpunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di Instagram Cik B menunjukkan dia sedang minum berdua bersama Aniq.

PETALING JAYA – Anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuat pendedahan dirinya sekarang sudah berpunya.

Melalui Twitter miliknya, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, 15, bukan sahaja berkongsi beberapa keping gambar teman lelaki bahkan seperti membuat pengumuman hatinya sudah dimiliki.

“Hi I’m taken finally (Hai saya akhirnya sudah berpunya) @aniqshr,” ciap Cik B.

Lelaki berkenaan atau nama pentasnya, Aniq Suhair kemudian membalas dengan ciapan berbunyi: “Only death can tear us apart (hanya mati boleh memisahkan kita).”

Perkongsian tersebut bukan sahaja membuatkan netizen makan hati, ada dalam kala­ngan mereka hadir dengan ciapan mencuit hati.

“Rasanya dah cukup kot show off (tayang) Cik B, tak fikir ke perasaan orang single? Kami punya single ini sampai Cik B dah ada boyfriend,” tulis seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Cik B benar-benar sedang bercinta dengan Aniq ataupun apa yang ditayangkan hanya sekadar publisiti untuk drama lakonan mereka, Lelaki Lingkungan Cinta.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI