fbpx

Pan-gon hampir kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK pertahanan negara, Dion Cools (dua dari kanan), Faisal (no. 7) dan Arif Aiman (kiri) memainkan peranan besar kepada kebangkitan Harimau Malaya. - FAM

KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon hampir terkena serangan jantung ketika perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Krygyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jurulatih dari Korea Selatan itu mengharungi tempoh kira-kira 30 minit penuh tekanan ketika ketinggalan 3-1 namun situasi dihadapinya kembali tenang selepas anak buahnya bangkit untuk memastikan kemenangan 4-3.

“Sebagai jurulatih dalam situasi itu, saya hampir kena serangan jantung. Apa yang boleh kita lakukan selepas kita mendahului 1-0 tetapi selepas itu ketinggalan 1-3?

“Saya serahkan kepada pemain, saya katakan kepada pemain bahawa ini negara kamu, kamu bermain untuk Malaysia jadi semuanya di tangan kamu. Saya hanya boleh bantu untuk memberi motivasi, mewujudkan suasana yang baik, memberi maklumat dan itu sahaja yang boleh saya lakukan dari segi persiapan pasukan.

“Selebihnya, apabila di atas padang, semuanya bergantung kepada pemain. Mereka dan penyokong yang mencipta situasi ini.

“Tetapi ini adalah satu perlawanan yang menakjubkan dan sukar untuk menjangkakan keputusan perlawanan seperti ini,” katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, tonggak pertahanan, Dion Cools cemerlang apabila menjaringkan dua gol, diikuti dua lagi jaringan hasil gol sendiri pertahanan lawan, Khristiian Brauzman sebelum Faisal Halim menggegar untuk mengesahkan kemenangan Harimau Malaya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI