fbpx

Lelaki dipenjara lima bulan rakam bini orang mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang penjaga stor kedai serbaneka dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merakam jirannya mandi di Padang Temu, minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Fakrul Najmi Rohaizan, 26, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 44 tahun dengan merakamkan mangsa sedang mandi tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10.50 malam di dalam daerah Melaka Tengah pada 10 November lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia menyedari dirinya dirakam selepas terlihat ada tangan lelaki memegang telefon bimbit di celah lubang angin tandas dan terus merampas gajet tersebut.

Ibu satu anak itu kemudian terus mendapatkan suaminya sambil memberitahu kejadian sebelum tertuduh muncul di rumahnya kononnya bagi meminta maaf. Tertuduh merupakan anak kepada jirannya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menanggung keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh ditangkap iaitu pada 14 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI