fbpx

Insentif RM6,000 galak ramai huffaz Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Fahmi ketika menjawab soalan di sidang DUN Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Para huffaz di Selangor dihargai dengan pemberian insentif sehingga RM6,000 dalam menggalakkan anak muda atau remaja Islam dalam memelihara dan mengekalkan penghafalan al-Quran.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, pemberian insentif melalui peruntukan Lembaga Zakat Selangor itu telah diurus dan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Ithbat Selangor.

“Jumlah insentif tersebut adalah bagi satu hingga 10 juzuk sebanyak RM2,400 seorang, satu hingga 20 juzuk (RM3,600) dan RM6,000 bagi penghafalan satu hingga 30 juzuk.

“Peruntukan khas kepada para huffaz Selangor ini sebagai pengiktirafan daya usaha mereka dalam menjaga, memelihara dan mengekalkan hafazan al-Quran,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia memaklumkan sedemikian ketika menjawab soalan Abbas Salimi Che Adzmi @ Azmi (PH-Seri Serdang) yang ingin mengetahui insentif kepada para huffaz Selangor.

Mohammad Fahmi menjelaskan, program insentif tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan banyak permintaan daripada anak muda.

“Pada tahun ini, merekodkan peningkatan kepada 790 yang dibiaya bawah insentif ini berbanding tahun lalu seramai 469 huffaz.

“Ini menunjukkan penerimaan anak muda kita dan setelah hafalan dibuat, mungkin mereka boleh meneruskan pengajian di bidang lain (lebih tinggi),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI