fbpx

Jadi pegawai polis jujur, hati murni – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin beramah mesra bersama Inspektor pelatih pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pulapol Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua pelatih yang memulakan karier sebagai pegawai polis agar menjauhkan diri daripada terjebak dengan kesalahan salah laku dan rasuah sepanjang dalam perkhidmatan.

Razarudin juga menegaskan, sebagai seorang pegawai polis perlu sentiasa mematuhi undang-undang negara serta mengikuti perintah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerjaya kepolisan menuntut untuk berkorban masa dan tenaga demi tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Pelatih sendiri telah memilih bergelar polis, justeru, laksanakan tugas dengan penuh suci hati, jujur dan amanah tanpa diselubungi niat-niat lain yang boleh membinasakan diri dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan dua fokus utama yang perlu dipatuhi seluruh warga pasukan bagi memastikan organisasi PDRM sentiasa berada pada landasan betul.

“Fokus pertama adalah perkhidmatan PDRM bertunjangkan Integriti dan tata kelola yang baik (Good Governance), manakala fokus kedua, mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.

“Kedua-dua fokus ini perlu digerakkan secara total di setiap peringkat, dengan integriti kekal menjadi indikator terpenting dalam membentuk keperibadian pegawai polis yang cemerlang,” jelasnya.

Dalam majlis itu, seramai 538 orang Inspektor pelatih terdiri daripada 103 wanita dan 435 lelaki berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan bermula 19 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI