fbpx

Operator kren menara maut dalam kabin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. FOTO IHSAN BOMBA

KUALA LUMPUR – Seorang operator kren menara disahkan maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kabin di tapak pembinaan hadapan sebuah hotel di Persiaran KLCC, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.43 petang tadi.

Katanya, seorang pengadu bertindak meminta bantuan bomba untuk membawa turun mangsa yang pengsan di atas menara kren berkenaaan.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan Unit High Rise telah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kita dapati seorang lelaki berusia 27 tahun tidak sedarkan diri di dalam kabin.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa telah berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada pukul 7.46 malam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI