fbpx

Padang Dataran Merdeka ditutup sehingga 31 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padang Dataran Merdeka mula ditutup bermula semalam sehingga 31 Januari 2024 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang aktiviti dibenarkan sepanjang kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Sehubungan itu, sebarang permohonan tempahan untuk penggunaan padang Dataran Merdeka akan dibekukan sewaktu kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, DBKL memaklumkan, kerja penyelenggaraan yang dilakukan hanya melibatkan kawasan padang manakala fasiliti lain seperti jalan dan parkir sekitar dataran masih boleh digunakan orang awam seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI