fbpx

Nampak cantik tapi jangan tampal dalam tandas – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kertas dinding di dalam tandas boleh mengundang gangguan kesihatan termasuk iritasi.

PUTRAJAYA – Bukan hanya berkongsi tip-tip kesihatan berguna sebaliknya Public Health Malaysia (PHM), juga ‘pakar’ dalam aspek dekorasi dan hiasan dalaman rumah.

Menerusi perkongsian terbaharu di Facebook, PHM menasihati netizen supaya tidak menampal kertas dinding di dalam tandas kerana boleh mengundang gangguan kesihatan termasuk iritasi.

“Memang cantik dinding dihiasi dengan kertas dinding. Jika lihat di group (kumpulan) deko, ada juga yang menampal kertas dinding di dalam tandas.

“Perkara ini sebenarnya tidak begitu sihat untuk anda kerana persekitaran lembab di dalam tandas boleh menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding,” katanya.

Katanya, kulat ini membebaskan spora iaitu debu-debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.

Menurutnya lagi, antara kesan gangguan kesihatan yang boleh berlaku termasuk batuk, selesema, tekak kering, mata berair dan gatal-gatal kulit.

Perkongsian PHM itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruang komen malah, ada yang langsung tidak mengetahui kesan buruk di sebalik dekorasi itu.

Nora Hazlina Zainal Abidin menerusi komennya; “Jangan kata dalam tandas, bilik anak pun saya tak pakai kertas dinding sebab cuaca, persekitaran dan kedudukan bilik. Yang penting keadaan anak lagi penting. Terima kasih atas info.

Sementara itu, Nurul Aznita memuji langkah PHM berkongsi maklumat itu.

“Bagus PHM, peka. Hari itu mengenai kain kayangan. Hari ini pasal kertas dinding di tandas pula,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang selebriti berkongsi hasil kerja menghias tandas kediamanya dengan kemasan kertas dinding.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi sehingga mencetuskan perbalahan dan perbezaan pendapat dalam kalangan netizen.

Pemasangan kertas dinding di dalam tandas bukanlah sesuatu yang disarankan oleh pereka hiasan dalaman kerana ia boleh mengundang pelbagai risiko termasuk boleh menjejaskan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI