fbpx

DUN Selangor: 56 ADUN disaran sumbang RM5,000 bantu rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pei Ling ketika sesi perbahasan di DUN Selangor. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disaran menyumbang RM5,000 ke dalam tabung kemanusian Palestin.

Ini seterusnya memastikan sasaran kutipan keseluruhan RM280,000 dapat dicapai sebelum disalurkan bagi kegunaan pelbagai keperluan mangsa keganasan tentera Israel di Tebing Barat.

ADUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (PH-PKR) berkata, sekiranya dapat direalisasikan menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai dewan pertama di negara ini yang menyumbang kepada penduduk di Palestin.

“Krisis kemanusian itu walaupun jauh beribu kilometer dari kita, hadirnya kita di dewan ini sebagai pemimpin tidak luntur pegangan untuk memainkan peranan sebagai ADUN.

“Disaat kita berkumpul di dewan ini, laungan perit meminta pertolongan tidak terputus didengar di sana.

“Pada waktu ini, ambulans di sana tidak lagi dapat bergerak dan penduduk di kepung di ke semua arah. Bekalan air, makanan, elektrik sehingga hospital diletupkan oleh Zionis di Gaza.

“Dengan izin, ‘we are having the worst humanitarian crisis among civilist humans yang mana genocide dan ethnic cleansing sedang berlaku di depan mata kita,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyumbang sebanyak RM1 juta ke dalam Tabung Kemanusiaan Palestin yang dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI