fbpx

‘Sudah habis ikhtiar cari Cikgu Hafiz’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton bersama anaknya, Ahmad Firdaus menunjukkan gambar Mohd. Hafiz yang disimpan dalam telefon bimbit ketika ditemui di rumahnya di Kulim baru-baru ini. – AZAHAR HASHIM

KULIM – Keluarga guru yang hilang di kawasan peranginan Su­ngai Sedim di sini masih menaruh harapan agar lelaki itu ditemui.

Ibunya, Zaiton Othman, 64, berkata, pelbagai usaha dila­ksanakan untuk mencari anak­nya, Mohd. Hafiz Jasmi, 38, sejak 8 November lalu, namun menemui jalan buntu.

“Saya reda dengan ujian (kehilangan anak) ini, sekarang saya hanya mampu berdoa dengan harapan dia ditemui.

“Saya sekeluarga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. Te­rima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd. Hafiz sejak 8 November lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut wanita itu, antara u­saha yang dilakukan keluarga­nya setakat ini adalah dengan membuat hebahan di dalam media sosial dan kaedah rawatan Islam.

Namun setakat ini, tiada sebarang petunjuk yang positif.

“Semua usaha sudah kami lakukan dan kini saya hanya mampu berserah kepada Allah dengan sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Menceritakan semula mengenai kehilangan anak sulungnya itu, Zaiton memberitahu, dia tidak menerima sebarang panggilan daripada Mohd. Hafiz.

“Biasanya jika ada aktiviti dia akan memuat naik gambar di dalam aplikasi WhatsApp keluarga atau Facebook.

“Pada 3 November lalu, dia sepatutnya datang ke sini membawa bapanya yang menghidap strok untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

“Namun pada hari kejadian dia tidak datang. Saya hanya tahu kehilangan anak selepas dihubungi guru besar pada Rabu minggu lalu,” katanya yang memberitahu Mohd. Hafiz tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Sementara itu, adik bongsunya, Ahmad Firdaus, 24, berkata, kali terakhirnya mereka berhubung pada Oktober lalu.

“Saya kerap menemani abang menyertai aktiviti di sekolahnya. Dia seorang yang ceria,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI