fbpx

Haram lelaki berhijab termasuk berjual beli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus berkata, walau atas tujuan untuk berniaga, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.

PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini, satu trend di mana peniaga lelaki menggayakan tudung wanita untuk tujuan melariskan jualan dilihat semakin menjadi-jadi.

Bukan setakat memakai tudung, malah ada lelaki yang sanggup berperwatakan sebagai seorang wanita semata-mata atas tujuan yang sama, iaitu demi menjadikan perniagaannya tular.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, sudah tiba masanya masyarakat mengambil berat perkara ini.

Menerusi perkongsian video ceramah di Youtube, beliau berkata Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan hukumnya haram.

“Seeloknya tudung tersebut dipakaikan pada patung dan diharuskan ketika keadaan menjadi darurat sahaja,” jelasnya.

Peringatan oleh Ustaz Azhar itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.

“Yang hairannya bila geng lelaki yang menjual ramai betul orang beli tapi bila perempun yang jual memang sendu sahaja,” komen Ira.

“Ramai sangat sekarang penjual lelaki yang jual barang wanita tapi bermodalkan diri sendiri, lagi-lagi yang jual skirt semua itu,” tulis Syaz.

Sementara itu seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Paksu turut berkongsi bahawa peniaga zaman sekarang sudah tidak tahu membezakan hukum halal dan haram dalam urusan perniagaan.

Video yang dimuat naik oleh @benny_x itu telah menerima lebih 75,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI