fbpx

Ribut petir landa hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di hampir seluruh kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, antara negeri yang dijangka ribut petir adalah Perlis.

“Selain itu, negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu dan Kelantan turut diramal ribut petir.

“Di Sabah pula, negeri Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) juga diramal dengan cuaca buruk itu sehingga 6 petang nanti,” katanya.

Jelas MetMalaysia lagi, cuaca buruk itu turut akan melanda satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong di Sarawak.

“Manakala di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pula diramal cuaca cerah petang itu,” ujarnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI