fbpx

Skuad Gergasi Merah sasar juara Liga Super dua tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Gergasi Merah menyahut cabaran Menteri Besar untuk muncul juara Liga Super pada musim 2025.

SELANGOR FC sudah pun bersedia untuk menyahut cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Ami­rudin Shari yang mahu kelab itu menamatkan dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super musim depan.

Di sebalik menagih tuah yang lebih baik, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon bertegas bahawa kelab tersebut berada di landasan tepat untuk bergelar juara Liga Super 2025.

“Kami akan sahut cabaran itu dan buat sehabis baik kerana Menteri Besar mahukan yang terbaik, malah kami juga sentiasa bekerjasama dengannya. Masih ada dua tahun lagi sebelum 2025.

“Perkara paling penting adalah kami kena perbaiki kelemahan dan saya harap kami juga ada nasib yang lebih baik,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini memperuntukkan RM10 juta kepada Selangor FC dan RM8 juta kepada Majlis Sukan Negeri Se­langor (MSNS) sebagai titik tolak misi menjuarai Liga Super, Piala Malaysia dan Sukan Malaysia (Sukma) 2025.

Ketika ini, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe sedang berusaha untuk menamatkan Liga Super musim ini di tangga kedua, kelebihan dua mata ­berbanding Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tangga ketiga dengan 50 mata.

“Kami masih yakin dengan percaturan Cheng Hoe dan kita dapat melihat ada peningkatan dalam pasukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI