fbpx

EPL: Manchester United buru bek tengah Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TODIBO menjadi calon utama sasaran United untuk dibawa ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim sejuk nanti. - AFP

MANCHESTER – Pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano menjangkakan bahawa Manchester United akan kembali ke pasaran perpindahan Januari ini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain baharu.

Prestasi awal musim skuad kendalian Erik Ten Hag itu dilabel sangat mengecewakan apabila mempamerkan persembahan kurang meyakinkan apabila sekadar berada di kedudukan keenam selepas 12 perlawanan.

Masalah kecederaan menjadi alasan terkuat Ten Hag untuk menggambarkan punca kemerosotan prestasi dialami mereka berbanding musim lalu menyebabkan United tidak mempunyai pilihan kecuali membawa masuk pemain baharu pada musim sejuk nanti.

Romano menjangkakan bahawa United bakal memberikan keutamaan bagi mendapatkan khidmat seorang pemain pertahanan tengah ketika posisi tersebut dianggap kritikal ekoran kecederaan Lisandro Martinez dan Jonny Evans.

Ketika ini, mereka terpaksa bergantung kepada khidmat Harry Maguire, Victor Lindelof dan Raphael Varane menyebabkan beberapa nama sudah berada dalam senarai pemain yang bakal menjadi buruan mereka.

Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford adalah pemain pertahanan Nice, Jean-Clair Todibo yang dianggap memiliki corak permainan yang sesuai dengan United.

Bagaimanapun, mereka pastinya tidak akan mendapatkan khidmat pemain itu pada harga yang rendah apabila yuran perpindahan Todibo dianggarkan mampu mencecah €50 juta (RM255.52 juta).

Selain itu, antara nama lain yang dikaitkan adalah pemain pertahanan Sporting Lisbon, Goncalo Inacio dan Antonio Silva yang beraksi bersama Benfica. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI