fbpx

Presiden Bashar al-Assad dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bashar dituduh menggunakan senjata kimia terhadap orang awam. – AFP

PARIS, PERANCIS – Sebuah mahkamah di Perancis mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Syria, Bashar al-Assad dan beberapa pegawai kanan lain kerana didakwa menggunkan senjata kimia terhadap orang awam, lapor laman berita Fox News semalam.

Selain Bashar,  saudara lelakinya, Maher al-Assad dan dua pegawai kanan lain turut dikenakan waran tangkap tersebut.

Ia susulan siasatan jenayah berhubung serangan senjata kimia di bandar Douma dan daerah Ghouta Timur pada Ogos 2013, yang menurut agensi berita Reuters, menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

“Presiden tersebut bertanggungjawab di atas banyak jenayah di Syria, namun disebabkan senjata yang digunakan khususnya gas sarin, adalah mustahil untuk mensabitkan penglibatannya,” kata peguam dan pengasas Pusat Media Syria dan Kebebasan Bersuara (SCM), Mazen Darwish.

Maher berkhidmat sebagai ketua de facto bagi unit  tentera elit Syria, manakala dua pegawai lain berpangkat jeneral, demikian menurut akhbar Le Monde.

Mahkamah Paris membuka kertas siasatan mengenai  serangan itu bermula  pada 2021 selepas SCM, Arkib Syria dan persatuan peguam Inisiatif Keadilan Masyarakat Terbuka (OSJI) memfailkan tuntutan mahkamah terhadap kerajaan Damsyik.

Pentadbiran Bashar dituduh membunuh lebih 3,000 rakyat Palestin-Syria termasuk sebilangan yang mati akibat diseksa antara Mac 2011 hingga Julai 2020.

Selain itu, beratus-ratus orang dipenjara dan berpuluh-puluh individu hilang secara paksa, demikian menurut laporan 2020 oleh Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI