fbpx

Lebih 500,000 pelajar duduki ‘suneung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR menduduki peperiksaan suneung di sebuah sekolah di Seoul hari ini. – AFP

SEOUL  – Lebih 500,000 pelajar Korea Selatan menduduki peperiksaan penting kemasukan ke universiti semalam dengan pihak berkuasa mengambil langkah luar biasa termasuk menangguhkan penerbangan untuk meminimumkan gangguan. 

Seramai 504,588 pelajar menduduki peperiksaan selama sembilan jam itu tahun ini. Peperiksaan itu sangat penting untuk memastikan tempat di universiti-universiti utama Korea Selatan.

Ia juga dianggap sebagai laluan untuk meningkatkan simbol status, kerjaya lumayan, malah, gerbang perkahwinan.

Kepentingan peperiksaan yang dikenali sebagai ‘suneung’ di Korea Selatan itu terbukti menerusi langkah agresif pihak berkuasa untuk mencegah sebarang gangguan.

Bagi mengurangkan gangguan semasa ujian pendengaran Bahasa Inggeris, Kementerian Pengangkutan Korea Selatan mengumumkan larangan pesawat mendarat dan berlepas di seluruh negara melainkan untuk situasi kecemasan.

Larangan itu berkuat kuasa selama 35 minit dari pukul 1.05 hingga 1.40 tengah hari (waktu tempatan) yang menyaksikan lebih 90 penerbangan terpaksa dijadualkan semula.

Suneung tahun ini menyaksikan pihak berkuasa menggugurkan ‘soalan pembunuh’ yang tiada dalam kurikulum sekolah, dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pusat tuisyen dan sekolah persendirian.

“Seiring dengan langkah Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan pendidikan swasta, soalan pembunuh adalah dikecualikan,” kata penyelia peperiksaan itu tahun ini, Jeong Moon-seong kepada pemberita semalam.

Isi rumah Korea Utara membelanjakan lebih AS$20 bilion (RM94 bilion) untuk pendidikan swasta pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi pada tahun lalu atau sebanyak AS$320 (RM1,504) untuk setiap pelajar pada setiap bulan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI