fbpx

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu bakal tarik 1,000 pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat sukan paragliding bakal berkumpul di Kuala Kubu Bharu hujung minggu ini. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini menyasarkan kehadiran seramai 6,000 pengunjung.

Pengarah Projeknya, Nazri Sulaiman berkata, pesta yang bakal menarik minat pelancong dalam dan luar negara itu bakal menggalakkan lagi kemasukan industri pelancongan di negara ini kerana aktiviti paragliding memiliki peminatnya tersendiri dari seluruh dunia.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, lebih daripada 1,000 pengunjung luar negara disasarkan pada festival yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor di Taman Tasik Melinium, Kuala Kubu Bahru.

Jelasnya, festival itu akan melibatkan aktiviti pelancongan sukan udara seperti Paragliding Fun Fly, Tandem Paragliding, Aero Modeling, Persembahan Dron dan Paramotor Microlight.

“Festival ini bertujuan untuk mempromosikan produk dan program pelancongan yang dijalankan di dalam Selangor dan Malaysia dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti paragliding sebagai salah satu produk sukan udara sebagai sukan lasak.

“Pada masa sama, festival ini dipromosikan sebagai pelancongan di kalangan pelbagai peringkat generasi sebagai acara sukan tahunan dalam kalendar pelancongan Selangor.

“Selain itu, ia bertujuan menjadikan Kuala Kubu Bahru sebagai hub sukan udara yang mampu menerima juruterbang-juruterbang paragliding dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pesta Paragliding Kuala Kubu Bharu & Pertandingan Ketepatan Mendarat 2023 (Terbuka) menampilkan CloudBass sebagai Rakan Teknikal dan Pengurusan Koordinator yang mendapat sokongan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Persatuan Seniman Malaysia sebagai Rakan Strategik.

Mengulas lanjut, Nazri memberitahu, penganjuran festival bakal  merancakkan sosio ekonomi buat para pengusaha seperti premis penginapan, perusahaan industri kecil sederhana dengan pengusaha kedai pemakanan sepanjang festival berlangsung.

“Pada masa sama, ia juga akan menjadi platform meningkatkan  pendedahan dan pengetahuan am untuk orang awam tentang sukan udara yang terdapat di Hulu Selangor sebagai gaya hidup masyarakat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI