fbpx

Impian nelayan miliki rumah sendiri tercapai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Othman (tengah) menyampaikan replika cek kepada tiga nelayan pada Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Khas Perumahan Nelayan (Bina Baharu) di Kampung Kuala Segantang Garam, Merbok di sini semalam.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR
SUNGAI PETANI – Impian tiga nelayan untuk memiliki rumah sendiri bakal tercapai apabila menerima bantuan pembinaan rumah baharu bernilai RM56,000 bagi Projek Khas Perumahan Nelayan di Kampung Kuala Segantang Garam, Merbok di sini semalam.

Penerima, Ahmad Noh, 54 berkata, dia berasa gembira dan bersyukur kerana penantiannya selama sembilan tahun berakhir selepas dimaklumkan layak menerima bantuan tersebut.

“Saya mohon bantuan rumah baharu sejak tahun 2012 lagi dan menerima khabar gembira tentang kelulusan permohonan pada Mac lalu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek Khas
Perumahan Nelayan (Bina Baharu) di sini semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Othman Abdul Latif dan hadir sama, Pengarah LKIM Negeri Kedah, Hamdan Mamat.

Kata Ahmad, pada masa ini dia bersama isteri dan enam anak yang masih bersekolah terpaksa menumpang di rumah bapa saudaranya.

“Saya ada tanah pusaka tetapi tidak ada wang yang cukup untuk membina rumah sendiri, jadi saya tinggal di rumah pusaka milik bapa saudara saya buat sementara waktu.

“Pendapatan bulanan yang tidak menentu selain masih perlu menyara ahli keluarga menyebabkan saya belum berpeluang untuk menyimpan wang bagi membina rumah sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Zakaria Ani, 48, berkata, dia bersyukur apabila dimaklumkan permohonannya untuk mendapat rumah baharu diluluskan setelah hampir lima tahun menanti.

“Pendapatan sebagai nelayan tidak menentu dan ada kalanya tiada langsung jika keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah LKIM, Othman berkata, pihaknya membelanjakan sebanyak RM415 juta dari jumlah keseluruhan peruntukkan RM450 juta bagi projek perumahan nelayan di seluruh negara sejak 2012 sehingga kini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI