fbpx

Mimi Lana bida lukisan Ustazah Asni untuk tabung Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Mimi Lana gembira dapat membida lukisan pendakwah bebas terkenal, ustazah Asni Mansor dengan harga RM3,600.

PETALING JAYA – Pelakon Mimi Lana telah membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disumbangkan ke tabung kemanusiaan Palestin.

Lukisan kanvas peta negara tersebut telah dilukis sendiri oleh pendakwah bebas terkenal, ustazah Asni Mansor yang dibuka dengan harga permulaan RM3,000.

Menurut Asni, Mimi telah membida lukisan tersebut semasa majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad, baru-baru ini dan kesemua hasil bidaan itu akan disalurkan ke dalam Tabung Cinta Gaza.

Sementara itu, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam Instagram miliknya turut berkongsi rasa gembira apabila dapat menyertai majlis ilmu yang dianjurkan Betty, selain menyifatkan majlis tersebut memberikan pengalaman indah buat dirinya.

“Terima kasih Betty kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita di Palestin.

“Majlis turut disusuli dengan Tausiyah (ceramah agama) bersama ustazah Asni Mansor. Ini merupakan majlis perkongsian yang cukup indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” tulisnya dalam Instagram.

Selain Mimi, beberapa barisan selebriti terkenal tanah air turut kelihatan menghadiri majlis ilmu tersebut antaranya Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI