fbpx

‘Kami bukan lari, balik Malaysia untuk tambah bantuan ke Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Ain (kanan) dan suaminya.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron, 37, bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat, 33, memaklumkan, keberadaan mereka berdua di Malaysia adalah buat sementara waktu sahaja.

Katanya, sekiranya segala urusan di negara ini selesai, mereka akan kembali ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan meneruskan perjuangan untuk membantu penduduk Gaza yang terus terkesan akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis.

“Rakyat Malaysia jangan risau kami tidak akan lama di sini (Malaysia), Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan kembali ke UAE.

“Alhamdulillah for everything (untuk semuanya), insya-Allah everything will be okay (semuanya akan kembali baik). Insya-Allah Palestine will be free soon (Palestin akan bebas nanti),” katanya dalam hantaran di Facebook pagi ini.

Tambah Nurul Ain, dia dan suami berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin dan mendoakan keadaan mereka sewaktu masih ‘terkurung’ di Semenanjung Gaza.

Nurul Ain juga menjelaskan keberadaan dia dan suami di Malaysia bukanlah kerana mahu melarikan diri serta meninggalkan saudara lain di Gaza, namun ia adalah usaha mereka memastikan bekalan bantuan dapat diproses untuk keperluan rakyat di sana.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Terima kasih juga kepada mereka yang mengecam. Kami bukan lari, yang pertama, Allah tahu what is inside our hearts (apa yang ada dalam hati kami) only Allah knows (hanya Allah sahaja tahu).

“Kalau kami stay (tinggal di Gaza) bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang? Bagaimana untuk kami bantu rakyat di sana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash (keluarkan wang tunai) bantuan si ishell (Israel) sekat sistem di sana,” terangnya.

Terdahulu, Nurul Ain dan suami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Qatar 4993, 8.55 malam semalam.

Difahamkan, Nurul Ain dan suaminya bergerak dari Rafah ke Kaherah, Mesir menggunakan jalan darat yang mengambil masa selama 10 jam.

Mereka dikatakan menaiki pesawat dari Kaherah ke Malaysia dengan transit di Oman selama tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI