NEW YORK – Pendakwa raya persekutuan semalam mengumumkan ‘rampasan terbesar produk cetak rompak’ dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) melibatkan sekitar 219,000 beg tangan, kasut, pakaian dan barang tiruan lain.
“Rampasan yang diumumkan hari ini (semalam) merangkumi pelbagai barangan jenama mewah dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.70 bilion) sekali gus rampasan barang tiruan terbesar dalam sejarah AS,” kata pendakwa raya persekutuan, Damian Williams.
Barang tiruan biasanya memiliki nilai lebih rendah berbanding yang tulen.
Pihak berkuasa turut mendakwa dua lelaki kerana mengedar barang tiruan. – AFP