fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bunuh warga emas selepas rakam gambar propaganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR Zionis berpura-pura membantu Bashir dalam video propaganda. – X

BANDAR GAZA – Seorang lelaki warga emas yang sedang dalam perjalanan berpindah ke selatan Gaza mati ditembak selepas muncul dalam rakaman  video propaganda tentera Israel, lapor laman berita The New Arab semalam.

Menurut pertubuhan hak asasi manusia, Euro-Med Human Rights Monitor, Bashir Hajji, 79, ditembak di kepala dan belakang oleh askar Israel.

Penduduk kawasan kejiranan Zaytoun di Bandar Gaza itu pada awalnya dilihat berdiri di sebelah seorang askar Zionis ketika berjalan melalui jalan Salah al-Din menuju selatan Gaza.

Laluan tersebut merupakan koridor selamat yang diwujudkan untuk orang awam berpindah ke selatan Gaza.

“Askar dalam gambar itu dilihat seperti membantu dan melindungi orang awam Palestin. Namun, Bashir kemudian dibunuh di tengah jalan pada pagi Jumaat, 10 November 2023,” kata Euro-Med Human Rights Monitor.

Gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan Bashir ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak di kepala dan belakang badan oleh askar Zionis.

Dia memakai baju sama ketika ditemu bual oleh askar Israel berkenaan iaitu baju-T berwarna  biru dan seluar berbelang.

Menurut Euro-Med Human Rights Monitor, cucu Bashir, Hala Hajji mengesahkan kematian lelaki itu serta mengakui dia lelaki sama yang muncul dalam dalam video propaganda Israel.

Susulan kejadian itu, badan bukan bukan kerajaan tersebut mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) segera membuka siasatan bebas berkenaan  jenayah pembunuhan yang dilakukan terhadap penduduk Palestin.

Euro-Med  turut menggesa supaya  mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI