fbpx

[VIDEO] Agong sanggup berhujan santuni rakyat di Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Al-Sultan Abdullah berkenan menuruni kenderaan untuk menyantuni rakyat yang menunggu baginda di Kampung Selendang, Mukim Kuala Rompin, hari ini.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menuruni kenderaan rasmi baginda meskipun dalam keadaan hujan untuk menyantuni rakyat di Kampung Selendang, Mukim Kuala Rompin, Pahang.

Menerusi laman sosial Instagram Istana Negara, baginda yang dalam perjalanan bagi menyempurnakan majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2023 Peringkat Negeri Pahang dan Perasmian Pejabat Hutan Daerah Rompin itu menuruni kenderaan untuk menyantuni rakyat yang menunggu baginda di Kampung Selendang, Mukim Kuala Rompin, tadi.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada rakyat yang teruja menunggu keberangkatan Baginda.

“Motoked Seri Paduka Baginda melewati Kampung tersebut dalam perjalanan ke Taman Negeri Rompin,” jelas hantaran Instagram Istana Negara hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka pada 11.10 pagi di pekarangan Bangunan Pejabat Hutan Daerah Rompin disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bangunan Pejabat Hutan Daerah Rompin yang dirasmikan baginda itu mempunyai kelengkapan dan kemudahan moden dan telah siap dibina sepenuhnya pada Jun lepas, melibatkan perbelanjaan kos sebanyak RM4.5 juta.

Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat pameran dan mencuba alat realiti maya yang memaparkan destinasi ekopelancongan di Pahang sebelum menanam pokok jenis Serdang Endau atau Livistona Endauensis, sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan perasmian Pejabat Hutan Daerah. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI