fbpx

Syukur suami dengkur tepi kamu, bukan tepi wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Para isteri dinasihatkan untuk lebih bersyukur dan tidak merungut jika suami kuat berdengkur ketika tidur bersebelahan mereka.

Pendakwah bebas, Syamsul Debat menerusi satu video ceramahnya di saluran YouTube menjelaskan, para suami yang pulang bekerja biasanya akan keletihan dan akan berdengkur jika tertidur di sebelah isteri mereka.

“Saya tahu ramai isteri yang merungut sehingga ada yang kata tidak dapat tidur dengan lena sekiranya suami berdengkur kuat setiap malam.

“Ingatlah para isteri, kamu semua perlu bersyukur itu tandanya suami kamu berada dengan kamu dan bukan berdengkur di sebelah wanita lain. Kalau ada salah faham itu selesaikan,” jelasnya melalui satu rakaman video siri ceramah keluarga bahagianya baru-baru ini.

Tambahnya lagi, terdapat satu kisah seorang wanita warga emas di Rembau, Negeri Sembilan menyatakan dia begitu rindu dengan bunyi dengkuran arwah suaminya selama mereka hidup bersama selama ini.

“Makcik tu kata dia begitu rindu dengan dengkuran kuat arwah suaminya, sekarang dia ternyata sunyi selepas suaminya meninggal dunia.

“Ingat semua isteri, bersyukurlah dengan apa yang anda semua ada. Dapat suami yang kuat bekerja untuk menyara keluarga, penyayang dan bukan yang suka marah-marah, ingat bersyukurlah dengan rezeki Allah yang telah diberikan kepada kamu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI