fbpx

Hijau, tapi bukan warna parti – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad turut menjayakan kempen ‘Wear Green For Palestine’, hari ini.

PETALING JAYA – “Hijau, tapi bukan warna parti”.

Itu ungkapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan apabila memilih untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat dengan mengenakan baju berwarna hijau, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parliman Pontian berkata, beliau memakai baju berwarna hijau sebagai tanda bersolidariti dengan perjuangan Palestin.

“Hijau tapi bukan warna parti itu. Hijau kerana bersolidariti dengan perjuangan #Palestin. Inisiatif pelbagai NGO seluruh dunia, hari ini 15 November 2023.

“Mari kita terus berdoa dan berusaha agar #rakyat #Palestin akan beroleh kemenangan pada satu hari nanti. #WearGreenForPalestine,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, orang ramai hari ini mengenakan pakaian berwarna hijau sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin di Gaza yang menerima serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.

Difahamkan, usaha itu turut dijalankan di serata dunia melalui kempen ‘Wear Green For Palestine’.

Orang ramai yang mengikuti kempen itu digalakkan untuk memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian berwarna hijau dengan kapsyen #weargreen atau #weargreenforpalestine

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati kebanyakan rakyat Malaysia bersepakat menyertai kempen berkenaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI