PENYANYI Lesti Kejora mendedahkan bahawa dia pernah mengalami gangguan seksual ketika dikerumuni peminat fanatik. Pengalaman tersebut membuatkan dirinya berasa malu dan trauma.
Penyanyi bertubuh genit itu berkongsi kisah tersebut di hadapan penyanyi, Rizky Billar semasa dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara dihoskan Basuki Surodjo.
“Pernah sekali aku membuat persembahan di sebuah daerah dan ketika selesai membuat persembahan, aku dikerumuni peminat yang sangat ramai.
“Aku jadi terkejut dan takut. Pada masa sama aku dapat rasakan seperti ada seseorang yang melakukan sentuhan seksual terhadap aku,” ujarnya kesal sambil menghela nafas panjang.
Menurut juara program realiti, D’Academy musim pertama itu lagi, ketika membuat persembahan di majlis-majlis terbuka, dia pasti akan berdepan dengan insiden diserbu peminat fanatik yang sangat agresif.
Pelantun lagu Kejora itu memang dikenali kerana keramahannya, bahkan Lesti pernah merelakan keinginan peminat untuk mencubit tangannya.