fbpx

Padah tukar nombor pendaftaran palsu, motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang disita selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu di Jalan Pandan Ilmu, Ampang, kelmarin.

AMPANG – Tindakan seorang remaja lelaki memalsukan nombor pendaftaran motosikal mengundang padah apabila ditahan pihak polis di Jalan Pandan Ilmu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, penahanan itu dilakukan anggota unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD ampang Jaya kira-kira pukul 10.20 malam.

“Ketika ditahan, lelaki berusia 16 tahun itu didapati menunggang motosikal jenis Yamaha LC yang tertera nombor pendaftaran ‘SCK Racing’ manakala di bahagian hadapan tiada nombor pendaftaran.

“Semakan melalui alat Mcop mendapati nombor tersebut adalah palsu. Turut dikesan pengubahsuaian ekzos, tiada nombor pendaftaran di hadapan dan tiada brek belakang pada kenderaan dinaiki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

‘Menurut beliau, remaja tersebut juga dikesan tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan luput serta tiada perlindungan insurans.

Kata Azam, tindakan saman telah dikeluarkan kepada remaja berkenaan atas kesalahan yang dilakukan.

“Pemilik motorsikal akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan,” ujarnya.

Tegas Mohd Azam, orang awam terutama yang mempunyai anak remaja diingatkan supaya tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa memiliki lesen.

“Pastikan motosikal tidak dilakukan sebarang pengubahsuaian supaya keselamatan pengguna jalan raya yang lain dapat dipelihara dan ketenteraman masyarakat tidak terganggu,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI