fbpx

EPL: Hojlund belum berikan sepenuh jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND masih gagal untuk membuka akaun jaringan bersama United pada aksi EPL musim ini selepas membuat sembilan penampilan. - AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund perlu menggandakan lagi usahanya untuk membuktikan kualiti dan kemampuan selepas mempamerkan aksi perlahan selepas berhijrah dari Atalanta musim panas lalu.

Hojlund menjadi antara pemain yang menyerlah buat United dalam saingan Liga Juara-Juara apabila meledak lima gol dalam empat perlawanan, namun dia masih gagal untuk membuka akaun gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas sembilan aksi.

Setakat musim ini, The Red Devils menjadi pasukan paling kurang menjaringkan gol untuk kelompok 10 teratas apabila sekadar meledak 13 gol dalam 12 perlawanan.

Bekas penyerang pasukan itu, Louis Saha percaya Hojlund perlu berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi sendiri bagi membantu United menyelamatkan musim mereka kali ini selepas melalui permulaan yang hambar.

“Dia perlu melakukan lebih lagi kerana itu adalah posisinya yang sebenar. Anda sentiasa mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih.

“Anda perlu mencari jalan sendiri bagi menyelesaikan masalah kerana ia bukan mengenai pemain lain, tetapi diri anda sendiri. Dia bukan sahaja perlu menerima hantaran yang baik, tetapi dia juga perlu melakukan tugas bertahan, mengejar bola dan tenang melakukan tugasnya sebagai penjaring gol,” katanya.

United berdepan tekanan ketika ini bukan sahaja kerana Hojlund masih tercari-cari sentuhan, tetapi beberapa pemain mereka seperti Alejandro Garnacho dan Antony juga gagal mengulangi aksi musim lalu, malah Marcus Rashford juga hanya mampu meledak satu gol.

Saha juga mengakui kebimbangannya adalah menyaksikan United berdepan kesukaran ketika berada dalam kawasan berhampiran kotak penalti pasukan lawan dan mahu pasukan itu meningkatkan lagi tempo permainan untuk menyesuaikan diri dengan kepantasan Hojlund. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI