fbpx

Aplikasi DMBI mudahkan urusan pembayaran cukai taksiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi menunjukkan aplikasi DMBI selepas menyempurnakan majlis pelancarannya di Dewan Azlan Shah, MBI, Ipoh hari ini. - Foto IHSAN MBI

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melancarkan aplikasi Modul Cukai Taksiran (DMBI) hari ini yang direka khusus untuk memudahkan kaedah pembayaran cukai dalam kalangan penduduk bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang menyempurnakan majlis pelancaran aplikasi DMBI itu berkata, perkhidmatan digital elektronik disediakan pihaknya itu menggalakkan selari dengan trend industri yang berubah kepada gaya hidup digital.

Bahkan, beliau memberitahu, ia juga satu langkah ke arah masa depan yang lebih hijau dan mesra alam.

“Pada Januari 2023, seiring dengan amanat kerajaan Malaysia, MBI telah membangunkan satu aplikasi digital yang dikenali DMBI. Pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah kaedah mesra alam bagi pengguna untuk mengkases, menerima, menyemak dan membayar bil cukai taksiran tanpa mengira waktu dan tempat.

“Oleh itu bermula penggal 2/2023 iaitu Julai hingga Disember 2023, MBI tidak lagi menghantar bil secara fizikal kepada warga kota. Pelanggan yang hadir ke kaunter bayaran telah diberikan hebahan serta penerangan terperinci berkaitan aplikasi DMBI dan bil secara digital,” katanya di sini hari ini.

Menurut Rumaizi, terdapat peningkatan 11 peratus daripada aspek pembayaran cukai dalam kalangan penduduk setelah aplikasi itu diperkenalkan iaitu sebanyak RM136,493 sehingga bulan ini berbanding RM123,133 bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkatan 25.2 peratus juga direkodkan bagi pembayaran cukai menerusi laman web MBI iaitu RM465,293 sehingga Oktober tahun ini berbanding RM371,505 bagi tempoh sama 2022.

“Melalui aplikasi DMBI, pengguna yang berdaftar boleh membuat bayaran dalam talian menggunakan sistem FPX dan e-Wallet keran ia lebih selamat dan cepat. Sistem peringatan atau notifikasi juga disediakan jika terdapat bil terbaru dikeluarkan kepada mereka.

“Sebagai tambah baik di masa akan datang, aplikasi ini juga akan menyediakan modul permohonan bayaran tunggakan cukai taksiran secara ansuran bagi meringankan bebanan,” katanya.

Tambahnya, pada tahun hadapan, warga kota perlu membuat bayaran cukai taksiran setahun dan tanpa tunggakan di mana-mana saluran pembayaran MBI.

“Mereka yang memuat turun aplikasi DMBI dan mendaftar sebagai pengguna layak menyertai Cabutan Bertuah Tahun 2024 yang menawarkan 30 hadiah utama bernilai keseluruhan RM99,000, antaranya sebuah kereta Perodua Axia, empat buah motosikal 110cc dan televisyen pintar.

“Bagi pembayar awal cukai taksiran tahun 2024 pula, MBI menyediakan rebat bayaran sehingga RM5 untuk 20,000 pembayar awal tertakluk pada terma dan syarat,” katanya.

Bahkan, Rumaizi berkata, bukan itu sahaja, dalam menarik minat pembayar awal, MBI juga memberikan cabutan bertuah bulanan bagi bulan ini dan Disember hadapan berjumlah RM9,000 kepada 20 orang pemenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI