fbpx

Penjual kuih buat aksi tidak senonoh dijel tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Ahmad Zaquan (kiri) untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang penjual kuih dijel tujuh hari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan melancap di tepi sebuah kafe di Pengkalan Chepa dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Zaquan Shahaimee @ Umeri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berniat dengan membuat sebarang bunyi atau isyarat tidak senonoh dengan niat perkara tersebut akan didengari atau dilihat.

Perbuatan itu dilakukan oleh Ahmad Zaquan di kawasan tepi sebuah kafe di Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 10 malam pada 8 November lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Syazalia memohon mahkamah memberi hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Rais Imran sebelum menjatuhkan hukuman telah menegur Ahmad Zaquan bahawa tertuduh tidak sepatutnya melakukan perbuatan tersebut.

“Cuba bayangkan, suka atau tidak orang lain membuat perbuatan tidak senonoh itu di depan ahli keluarga awak?,” soalnya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 terhadap tertuduh selain tambahan penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 25 tahun pernah beberapa kali melihat tertuduh dalam keadaan duduk di atas motosikal dengan aksi tidak senonoh di tepi sebuah kafe yang merupakan tempatnya bekerja.

Pada 8 November lalu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang berada di kafe tersebut melihat Ahmad Zaquan melakukan perbuatan sama di atas motosikalnya.

Lelaki itu menghampiri tertuduh sebelum mengambil kunci motosikalnya dan menghubungi pihak polis.

Siasatan mendapati, Ahmad Zaquan sering ke lokasi kejadian untuk melancap selepas melihat wanita tersebut berjalan seorang diri selain mengeluarkan bunyi lucah dengan niat untuk mengaibkan kehormatan dan didengar oleh mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI