fbpx

Saluran diplomasi mekanisme terbaik selesaikan konflik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kanan) bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika beramah-mesra bersama para pelajar Universiti California, Berkeley hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu syarahan umum berjudul ‘Persaingan Kuasa Besar dan Ketegangan yang Meningkat di Asia Pasifik’ di Universiti California, Berkeley, hari ini.

Beliau turut menerangkan tentang keperluan hubungan strategik antara Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat demi kerancakan ekonomi dan kepentingan negara.

“Malaysia akan terus memperkukuh hubungan meliputi kebhinekaan bidang melibatkan kedua-dua negara tanpa perlu didesak untuk memilih mana-mana blok atau pihak.

“Ruangan ini turut saya gunakan untuk membawa suara Malaysia yang mengutuk sebarang bentuk keganasan dan tindakan membunuh nyawa tidak bersalah, menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook, hari ini.

Selain itu, berkaitan dengan konflik di Palestin, Anwar juga bertegas dalam mengutuk pengeboman ke atas orang awam, rumah dan hospital serta kekejaman yang berbangkit terhadap nyawa yang tidak bersalah, kanak-kanak, dan wanita tanpa henti di Gaza.

“Malaysia melihat situasi di Gaza sebagai krisis pembantaian secara ‘indiscriminate’ atas nama ‘memerangi keganasan’ oleh rejim Zionis Israel.

“Ia ternyata suatu pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan perlu dihentikan serta-merta,” katanya.

Semalam, Anwar tiba di San Francisco untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di sini dari 14 hingga 17 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI