fbpx

Rashford dedah hadiah bermakna dari Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD mengakui sangat menghargai hadiah pemberian Ronaldo biarpun selepas lima tahun berlaku. - AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford mengakui menerima hadiah yang cukup bermakna daripada bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo dan melarang sesiapa sahaja untuk ‘mendekati’ pemberiaan tersebut.

Rashford dan Ronaldo beraksi bersama-sama di Old Trafford antara tahun 2021 dan 2022 sebelum penggempur Portugal itu meningggalkan United kerana hubungan yang keruh dengan pengurus, Erik Ten Hag.

Biarpun tidak lagi beraksi bersama-sama, Rashford masih lagi menghormati Ronaldo yang dianggap sebagai salah seorang pemain idolanya.

Mengimbau kenangan bersama Ronaldo, Rashford mendedahkan bahawa dia pernah menerima hadiah sepasang kasut Nike Air Max 97 CR7 daripada pemain tersebut yang berharga £145 (RM845) pada 2018 dan memuat naik gambar berkenaan dengan kapsyen ‘terima kasih untuk hadiah ini @cristiano’ di laman sosial Instagram miliknya.

GAMBAR kasut pemberian Ronaldo kira-kira lima tahun lalu yang dimuat naik Rashford di laman sosial Instagramnya. – AGENSI

Selepas lima tahun berlalu, Rashford mendedahkan bahawa dia tidak pernah memakainya dan melarang sesiapa sahaja memegangnya kerana bimbang ia akan rosak.

NIKE AIR MAX 97 CR7

“Tidak ada orang yang boleh menyentuhnya. Ronaldo adalah pemain kegemaran saya ketika saya membesar. Saya teringin untuk memakainya, tetapi saya risau itu akan membuatkannya rosak.

“Jadi, saya memilih untuk menyimpan dan tidak memakainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI