fbpx

Konflik Palestin-Israel: Penduduk berdepan banjir, khemah masuk air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di @cintagazamalaysia.

PETALING JAYA – Tidak hanya menghadapi ancaman bunuh hampir setiap saat, penduduk Gaza juga perlu berdepan dengan bencana banjir akibat hujan lebat beberapa hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cintagazamalaysia di akaun Instagram, kebanyakan khemah di tempat perlindungan dimasuki air sehingga penduduk terpaksa mencari tempat tinggal lain.

“Selain daripada ancaman pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis, penduduk Gaza juga sedang menghadapi banjir di beberapa kawasan tempat perlindungan mereka.

“Tiada tempat tinggal, khemah pula dimasuki air. Sebagai rekod, Gaza memiliki sistem longkang dan perparitan yang teruk dan akan ditenggelami air jika hujan masih berterusan.

“Keadaan tersebut akan menyebabkan penularan penyakit,” tulis @cintagazamalaysia di ruangan kapsyen.

Tambahnya, penduduk Gaza yang berlindung di pusat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sekolah-sekolah di Rafah turut berdepan dengan banjir kerana hujan lebat.

Dalam pada itu, di dalam hantaran tersebut, turut dimuat naik video memaparkan beberapa rakyat Palestin sedang memerah tilam serta bantal di dalam khemah yang dimasuki air.

“Saya sumpah tak larat angkat benda (tilam) ni. Banyak sangat air. Saya sumpah tak larat nak angkat. Air terlalu banyak,” kata pemuda Palestin di dalam video itu.

Sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu, Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11,000 rakyat Palestin dimana 8,000 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Sebanyak 28,000 rakyat Palestin juga dilaporkan cedera.

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI