fbpx

KKD adakan libat urus, alih pengiklanan ke media tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan sesi libat urus dengan syarikat gergasi teknologi bagi mengalihkan hasil perbelanjaan pengiklanan (ADEX) kepada syarikat media tempatan.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pihaknya akan memulakan ‘engagement’ (libat urus) dengan syarikat terbabit supaya sebahagian sumber pendapatan iklan itu disalurkan kepada syarikat media di Malaysia.

Menurutnya, ia berikutan syarikat media menghadapi cabaran dari segi kewangan kerana sumber iklan sudah beralih kepada syarikat gergasi seperti Google dan enjin pencarian yang lain.

“Ini memang salah satu hala tuju dan hasrat kita untuk memastikan sumber iklan itu akhirnya boleh sampai kepada syarikat media di Malaysia,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Mumtaz Md. Nawi (PN).

Mengulas soalan Ahli Parlimen Kluang (PH), Wong Shu Qi mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia, Nie Ching berkata, perkara itu sedang dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan pada Mac tahun depan.

“Sesi perbincangan sudah diadakan bagi memastikan peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU Majlis Media Malaysia adalah jelas dan mencapai kesepakatan antara semua pihak.

“Antara perkara dibincangkan secara lebih teliti ialah berhubung beberapa takrifan, penguatkuasaan dimiliki Majlis Media Malaysia dan beberapa isu lain,” ujarnya.

Tambah Nie Ching, RUU Majlis Media Malaysia antara lain akan membenarkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu laporan berita, untuk membuat aduan kepada majlis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI