PETALING JAYA – Seorang bapa bertindak mengunci peti ais di rumah menggunakan mangga kunci bagi mengawal anak-anak mereka daripada ketagih makanan ringan.
Video yang dimuat naik oleh @aniwanis di TikTok, menunjukkan suaminya memasang selak dan mangga kunci pada peti ais menggunakan mesin gerudi.
Kelihatan isi peti ais kecil itu penuh dengan makanan ringan seperti biskut, coklat, air kotak dan lain-lain.
Anak-anak pasangan itu hanya mampu tersenyum apabila melihat gelagat bapanya yang mengusik mereka selepas berjaya mengunci peti ais.
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen ketawa melihat gelagat keluarga ini dan kagum dengan cara mereka mengawal anak-anak daripada ketagih makan makanan ringan.
“Dah penuh macam itu bukan anak je teringin, saya tengok pun nak makan coklat itu,” komen Zakiah Abu Bakar.
“Nak juga buat macam ini tapi fikir balik takut diri sendiri yang stres kejap-kejap nak kena buka kunci mangga,” tulis Nur Aqillah.
Perkongsian tular itu telah mendapat sebanyak 301,000 tontonan dan 8,380 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
@aniwanis asyik makan coklat je.. skali ayah kunci Mangga Besar 🤣🤣🤣🤣@MEGS GLOBAL SDN BHD #tiktokmalaysia #fyi #fypシ #megsfamily #funnyhusbandandwife ♬ Backsound Komedi and Prank – Faid rafanda